Jurugambar Ini Mengembalikan Nostalgia Dengan Mengambil Semula Gambar Yang Pernah Diambilnya 30 Tahun Lalu



Chris Porsz merupakan seorang jurugambar jalanan yang sangat terkenal di England. Sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an, beliau telah menghasilkan begitu banyak gambar-gambar yang mempesonakan di bandar Peterborough.

Gambar-gambar yang beliau tangkap berjaya mencuri hati ramai individu. Beberapa dekad kemudian, beliau memutuskan untuk menjejaki semula individu-individu yang pernah beliau ambil gambarnya untuk menghasilkan semula gambar terkini daripada detik asal gambar tersebut ditangkap.

Ciuman di landasan keretapi (1980 dan 2009)


Pada tahun 1980, Tony berusia 22 tahun dan bekerja sebagai guru di Essex manakala Sally, 21 tahun bekerja dengan kerajaan tempatan. Sewaktu gambar lama ini diambil, mereka ternyata tidak menyedarinya. 30 tahun kemudian, Tony terlihat gambar tersebut di dalam surat khabar. Kini, kedua-dua telah berkahwin dan mempunya dua orang anak

Ian Medler dan Peter Yates (1980 dan 2010)


Gambar kiri: Ian Medler dan Peter Yates sedang berjalan-jalan pada tahun 1980. Gambar kanan: Peter berjalan bersama abang Ian, 2010

Zaman remaja (1980 dan 2015)



Dari kiri ke kanan: John Church, Kim Guest, Gary Wymer, Mirko Obradovic, Ade Lawrence, Sean Adams, dan Mark Winsworth. Gambar ini ditangkap ketika mereka sedang duduk di anak tangga Cathedral Square di Peterborough pada awal 1980-an.

Kini, John merupakan seorang pelukis dan merupakan anggota kumpulan kugiran bersama-sama Ade yang bekerja sebagai tukang angkat sampah. Gary pula bekerja sebagai tukang pemotong daging manakala Mirko bekerja di kilang batu bata. Kim dan Sean yang tiada di dalam gambar telah meninggal dunia

Sebelum dan selepas 30 tahun


Gambar pertama menunjukkan Jennifer Hall pada 1985 dan beliau yang terkini pada 2015

Sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam (1981 dan 2016)



Dari kiri: John Morris, Paul Bernard, dan Andrew Pollard. Tiga individu ini berkawan baik sejak di bangku sekolah dan masih meluangkan waktu hujung minggu bersama-sama.

Metal Mickey (1980 dan 2016)



Steve Osborn yang dikenali sebagai Metal Mickey sekitar tahun 1980 berjalan menggunakan tongkat kerana telah beberapa kali mengalami kemalangan motosikal. Kini, Steve tinggal di Spalding, Lincolnshire dan telah berkahwin serta mempunyai empat orang anak

Penjual barangan kemas (1990 dan 2015)


Vicki Gracey yang bekerja di sebuah kedai barangan kemas. Kini, Vicki telah berkahwin dan dikurniakan dengan dua orang anak

Nobby (1980 dan 2015)



Sekitar 1980-an, Michael Ross yang berasal dari Scotland dan dikenali sebagai Nobby telah tinggal di dalam bas selama 10 tahun selepas rumahnya hangus di dalam sebuah kebakaran. Beberapa tahun kemudian, kerajaan tempatan telah membantu Nobby dengan menyediakan rumah baru untuknya.

Dog dan Tina (1985 dan 2015)



Pasangan remaja ‘punk’, Tina Tarr dan Dog. Pasangan ini telah berhijrah dari bandar pada tahun 1990-an dan mengembara ke serata tempat.

Mereka dikurniakan dengan anak kembar tetapi kini tidak lagi bersama. Tina menetap di Dorset dan sedang mengusahakan perniagaan bantal dan bengkel menenun. Dog pula mengusahakan tanaman dan perternakan dan tinggal di South West Wales.

Post a Comment

0 Comments