Setiap negara mempunyai undang-undang untuk menjaga keamanan negara agar sentiasa aman dan damai. Begitu juga dengan budaya yang diamalkan turun temurun oleh nenek moyang kita. Mereka amat menitiberatkan adab dan tatasusila bertujuan untuk mengajar generasi akan datang bersikap sopan.
Sesetengah budaya menganggap ia perkara biasa dan normal, tetapi lain pula bagi beberapa buah negara yang mengaggap ia suatu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.
Sekiranya anda bercadang ingin bercuti luar negara, anda perlu melihat gambar dibawah terhadap perkara yang dilarang oleh masyarakat disesebuah negara.
#1. Jepun
Niat anda sangat baik dan mulia untuk memberi tips kepada pelayan restoran di Jepun. Tetapi anda silap! Mereka menganggap bahawa anda memperlekahkan mereka kerana hanya bekerja sebagai seorang pelayan restoran.
#2. India
Masyarakat dinegara ini menganggap tangan kiri adalah tangan kotor. Semua aktiviti perlu dilakukan dengan menggunakan tangan kanan antaranya membuka pembalut hadiah, bersalaman, mengambil barang dan memulangkan baki wang.
#3. Rusia
Senyuman itu perkara yang baik dan bersifat peramah bagi sesebuah negara. Tetapi tidak di Rusia. Anda tidak boleh senyum dengan orang asing atau orang yang tidak dikenali kerana ia dianggap gatal dan cubaan untuk memikat.
#4. Norway
Jangan sesekali membunyikan hon tanpa sebab. Hal ini dianggap biadap di negara ini kerana akan membuatkan pemandu lain berasa cemas.
#5. China
Jangan sesekali meninggalkan makanan anda sebegini rupa di China. Masyarakat di negara ini amat menitikberatkan pemakanan. Makanan yang tidak habis dianggap tidak sedap dan anda akan dilabelkan sebagai seorang biadap kerana melakukan pembaziran.
#6. Jerman
Nampak segak apabila melakukan gaya seperti ini. Tetapi anda silap! Anda akan dilabelkan sebagai seorang yang tidak mempunyai adab kerana memasukkan tangan kedalam poket seluar anda.
#7. Perancis
Apabila anda terserempak dengan rakan-rakan anda atau orang yang anda kenal, anda perlu melambai tangan dan katakan ‘selamat sejahtera’ kepada meraka. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, anda dianggap seorang yang biadap dan sombong.
#8. Ireland
Kemudahan pengangkutan awam di negara Iceland disediakan kepada penumpang untuk ke lokasi yang ingin dituju. Sebagai penumpang, anda tidak dibenarkan duduk dibelakang seat kerana dianggap tidak sopan dan biadap.
9. Amerika Syarikat
Pekerja di restoran-restoran makanan segera di Amerika Syarikat dan di negara-negara moden yang lain tidak diminta untuk mengemaskan meja makanan untuk para pelanggan mereka. Sebaliknya, ianya merupakan suatu tanggungjawab para pelanggan mereka untuk mengemaskan kembali meja selepas digunakan.
0 Comments