Antara pelagai ciptaan kreatif yang pernah ditemui dalam sejarah, kamera ialah salah satu ciptaan terbaik yang perbah dihasilkan – terutamanya kepada institusi keluarga apabila mereka berkembang daripada sepasang suami isteri hinggalah kepada saat mereka menimang anak cucu.

Sebuah keluarga daripada bahagian Timur negara China menjumpai cara unik untuk memahat kenangan indah mereka bersama.

Si ayah dan anak perempuannya ini mula mengambil foto tahunan mereka pada tahun 1980 di sebelah tasik di Zhenjiang, sebuah bandar di wilayah Jiangsu, China.

Hua Yunqing, kini seorang ayah penyayang berusia 62 tahun, sangat tertarik dengan keindahan di kawasan tasik itu sehingga dia membuat keputusan untuk terus kembali ke tempat yang sama untuk bergambar setiap tahun.

Anak perempuannya Hua Hua pula yang kini seorang ibu berusia 36 tahun hanyalah seorang anak kecil berusia setahun sewaktu gambar pertama mereka mula diambil di sini.

Hua tidak menyangka bahawa keputusannya untuk mengambil gambar di sana bertukar menjadi satu permulaan kepada tradisi keluarga yang unik.

Gambar pertama Hua dan Hua Hua diambil pada tahun 1980.



“Saya tidak pernah terfikir untuk kembali ke sana semula setelah mengambil gambar di sana buat kali pertama. Tetapi bila saya mendapat gambar itu, saya sangat menyukainya dan kembali ke tasik itu dan mengulanginya,” kata Hua Yunqing, menurut akhbar the Daily Mail.

Dalam selama 35 tahun mereka bergambar bersama, mereka hanya terlepas melakukan rutin ini hanya sekali iaitu pada tahun 1998 apabila Hua Hua tidak dapat mengikut keluarganya bercuti di tasik itu kerana dia berada di luar negara.

1981-1982


1984


1985-1986


1987-1988


1989

1990


1991-1992


1993-1994


1995


1996-1997


1999


2000


2001-2002


2003-2004


2005


2006-2007


2008-2009


2010


2011-2012


2013-2014