Dalam beberapa hari ini, satu pos telah tersebar meluas di Facebook yang mengatakan bahawa Mark Zuckerberg telah mencipta satu sistem sekuriti baru yang akan mengenalpasti samaada akaun anda sudah digodam dan kata kunci untuk sistem itu berfungsi ialah dengan menaip - BFF



Nampak mengarut bukan? Namun ramai netizen seluruh dunia yang percaya dan menaip 'BFF' di ruangan komen seperti yang disuruh. Mereka lega apabila komen bertukar menjadi hijau dan memberitahu kawan mereka untuk berbuat perkara yang sama.



Kita faham yang korang sayang akan kawan korang namun sini kami hendak beritahu yang ini cumalah hoax. Mark Zuckerberg takda masa nak bagitahu korang untuk komen itu ini, benda remeh yang cuma budak-budak buat.

Untuk makluman korang terdapat banyak lagi perkataan yang bertukar warna apabila ditulis seperti yang disenaraikan dibawah. Ini cuma ayat yang telah dipilih oleh Facebook yang akan mengeluarkan animasi dan tulisan berwarna apabila ditaip. 




Seorang pengguna media sosial yang pandai mesti mengetahui samaada itu hoax ataupun tidak. Tetapi nampaknya pengguna laman sosial tak kira di Malaysia ataupun seluruh dunia masih keliru untuk membandingkan hoax atau pun bukan.