Selalunya kita sering berkata bahawa kita hidup untuk kerja tetapi sebaliknya. Takda masalah sebenarnya, kita juga memerlukan duit tambahan yang boleh kita guna untuk memenuhi keperluan material. Tetapi, terdapat kerja di luar sana yang kita sendiri tak fikir wujud.

Ini merupakan 9 Kerja sebenar yang Kita Tidak Sangka Wujud

1. Tukang Memenuhkan tempat duduk



Dalam event besar, Produser hendak memastikan bahawa Event itu nampak gah di kaca TV. Setiap kali ada selebriti yang meninggalkan tempat duduk untuk apa apa sebab, Tukang memenuhkan tempat duduk akan datang dan menggantikan selebriti sehingga selebriti tu kembali.

2. Penyiasat Paranormal



Penyiasat Paranormal semakin hari semakin popular di kalangan Masyarakat. Disebabkan oleh terjadinya kejadian yang tak dapat di jelaskan dengan logik akal, penyiasat paranormal ini akan datang dan akan berusaha menyelesaikan masalah pelanggan. Penyiasat paranormal menggunakan Alat-alatan yang canggih untuk menangkap dan berkomunikasi dengan Makhluk ghaib.

3. Tukang Test Tilam



Sebuah Kedai Perabot di UK mempunyai kerja yang dipanggil sebagai Tukang Test Tilam dimana mereka-mereka ini akan diberikan tilam yang baharu dan dijadikan seperti domino. Pekerja ini akan memberitahu maklumbalas terhadap tilam itu dan kesemua data itu akan
dikumpul untuk kajian pemasaran.

4. Ikan Duyung


Kalau korang teringin nak jadi ikan duyung, terdapat kerja yang membolehkan anda menjadi salah satu dari makhluk mistik itu. Kerja ikan duyung ini cuma mengenakan pakaian seperti ikan duyung, menyelam, dan berenang bersama ikan-ikan.

5. Pengacara Rancangan Travel



Jika korang mempunyai personaliti yang menarik, senang untuk bekerjasama, mempunyai perwatakan menarik dan rupa yang menawan, Pengacara rancangan travel merupakan satu kerja yang sesuai untuk anda. Kamu bukan sahaja dapat melihat dunia, anda juga dibayar gaji dan boleh menjadi terkenal

6. Party Planner



Jika anda mempunyai pengalaman untuk mengendalikan parti, terdapat kerja yang dipanggil Party Planner dimana kerja utama korang cuma mengendali parti parti besar mengikut kehendak customer.

7. Tukang Shopping



Terdapat kerja yang membolehkan anda untuk Shopping secara free. Syarikat-syarikat besar memerlukan seseorang untuk menjadi Tukang Shopping supaya mereka dapat melihat kekurangan yang boleh diperbaiki. Tukang Shopping ini akan memerhati pekerja kedai, melihat pelbagai ragam pelanggan dan melihat kekurangan yang ada di dalam kedai tersebut. Kesemua data ini akan dikumpul dan digunakan oleh Bahagian Pemasaran dan Khidmat Pengguna. Yang baiknya, barang yang dibeli ketika shopping itu tidak perlu dibayar.

8. Tukang Jaga Panda



Panda merupakan haiwan yang comel dan saya pasti semua orang mahu membelainya. Di China, Tukang Jaga Panda merupakan kerja rasmi di setiap zoo yang mempunyai panda. Walaupun kelihatan seronok, namun menjaga panda bukanlah sesuatu yang mudah.


9. Tukang Test Marijuana



Pengkaji kini telah berusaha untuk menggunakan Marijuana untuk tujuan perubatan disebabkan oleh kesan marijuana kepada kesihatan. Tukang test Marijuana ini akan diberikan Marijuana yang telah dicampurkan dengan ubat dan kesannya akan dikaji.