baru baru ini, seekor anjing di cina telah menyentuh hati ramai setelah menunjukkan kesetiaan terhadap tuannya. Dalam video berdurasi pendek itu, seekor anjing  kecil berwarna hitam kelihatan mengejar sebuah kereta di Wuwei, Gansu pada 24 Januari.

Dilaporkan bahawa Tuan kepada anjing itu akan berkahwin. Apabila Tuan anjing itu masuk kedalam kereta dan pergi, anjingnya mula mengejar kereta itu.

Sehinggakan anjing itu membahayakan nyawanya dengan berjalan di depan kereta itu sebagai signal untuk berhenti.



Tuan anjing itu memberitahu bahawa anjing itu tidak sanggup untuk melihatnya berkahwin dan bergegas dari rumah untuk mengejar kereta itu.

Anjing itu dikatakan telah menjadi sebahagian dari keluarga itu selama 6 tahun. Keluarga itu amat menyayangi anjing itu dan mempunyai ikatan yang erat. Pada hari perkahwinan, anjing itu menjadi tidak keruan, seperti dia tahu yang tuannya akan pergi. Keluarga itu terkejut apabila melihat anjing mengejar kereta yang dinaiki mereka. 



Setelah mengejar kereta itu selama 6 kilometer, akhirnya anjing itu telah berputus asa. Apabila ditanya apa  sebab anjing itu ditinggalkan, tuan anjing itu mengulas
"orang lain memberitahu yang membawa anjing itu bersama-sama bukan satu idea yang baik, jadi saya tinggalkan  dia"


Ramai netizen kecewa dengan sikap tuan anjing itu dan mereka tersentuh dengan kesetiaan anjing itu pada tuannya.

VIDEO