2 orang anggota polis telah menahan lelaki berusia 34 tahun di kampung Tengah, Segamat pada 28 Januari setelah dilaporkan mencuri Durian.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, lelaki terbabit ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan dan mendapati 
kelihatan sebuah kereta perodua Kembara ketika sedang memantau kawasan tersebut kira kira dalam jam 2 petang.



Suspek dikatakan terus menghidupkan enjin kenderaannya setelah didekati oleh pihak polis. Suspek telah disoal siasat dan ditangkap setelah beliau secara tidak sengaja sendawa dan seguni durian di temui di bonet kereta suspek.

Setelah disiasat, rupa rupanya perodua Kembara yang digunakan oleh lelaki itu dilaporkan hilang beberapa minggu lepas. Cukai jalan kereta itu telah mati, tiada insurans kereta dan Flat nombor kereta itu palsu. Sehingga nombor daftar kereta itu adalah untuk kereta  proton saga.



Ketua polis memberitahu lagi bahawa suspek telah menafikan segala tuduhan ketika di soal siasat. suspek juga memberitahu pihak polis bahawa dia alah dan tak senang dengan bau Durian. Suspek hampir dilepaskan sehingga beliau secara tidak sengaja tersendawa dan bau durian keluar dari mulut suspek.

Menurut beliau, durian dicuri bernilai RM500 dan ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine. Suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri. Suspek ditahan reman selama 7 hari.