Jerawat adalah satu penyakit kulit yang bukan hanya merosakkan kulit muka, malah membuatkan seseorang kurang keyakinan diri. Selain perempuan, kaum lelaki juga turut mengalami masalah yang sama.
Seorang remaja lelaki telah merawat kulit wajahnya dalam waktu singkat dengan hanya kos yang murah dan menjimatkan. Carlos David merupakan salah seorang remaja yang mengalami masalah jerawat yang selama bertahun-tahun, bahkan seluruh kulit wajahnya hampir dipenuhi oleh jerawat. Gambar perbandingan wajahnya ketika sebelum dan selepas rawatan telah menjadi tular di laman sosial media yang rata-rata sangat mengagumi perubahan yang dilakukan olehnya.
Namun remaja yang berusia 16 tahun itu telah menemui jalan penyelesaian terhadap masalah kulit mukanya. Mula merawat masalah jerawat sejak Februari 2017 dan pada bulan Oktober di tahun yang sama, Carlos telah mengalami transformasi wajah yang luar biasa. Carlos mengatakan dia tidak membeli produk yang mahal, sebaliknya hanya menggunakan produk penjagaam muka biasa yang terdapat di pasaran.
Menurut Carlos, beliau telah mengambil masa selama lapan bulan untuk mendapatkan hasilnya dengan mengamalkan rutin yang serupa setiap hari. Bermula pada bulan Februari 2017, rutin hariannya itu mula melihatkan hasil yang ketara pada sekitar bulan Oktober pada tahun yang sama.
Apabila ditanya apakah rutin harian yang dilakukannya bagi mendapatkan kulit yang licin seperti sekarang, berikut merupakan jawapan Carlos: Pertama, beliau akan mencuci mukanya dengan pencuci muka ber-PH rendah setiap hari. Beliau menggunakan pencuci muka berjenama Cosrx Low pH Good Morning berharga RM40.
Kedua, beliau menggunakan toner yang bebas alkohol jenama Lumene Klassikko Refreshing Toner yang berharga RM40. Menurut Carlos, Toner ini sangat lembut dan sesuai dengan kondisi kulit mukanya.
Ketiga, beliau akan mengambil serum sekali sehari pada waktu pagi bagi membantu beliau mengatasi masalah pigmentasi yang teruk pada bahagian kulit mukanya. Beliau menggunakan serum berjenama Art Natural Vitamin C Serum yang dijual pada harga RM44 sahaja.
Seterusnya, ini yang paling penting. Menurut Carlos, kunci kepada kulit yang sihat adalah kulit yang lembab dan tidak kering. Bagi mendapatkan kulit yang cantik, beliau menggunakan pelembab muka berjenama E.L.F. Daily Hydration Moisturizer yang berharga RM32 pada waktu pagi.
Terakhir, Carlos turut menggunakan pelindung matahari. Beliau memilih Neutrogena Clear Face Sunscreen Lotion yang berharga RM40 bagi melindungi kulit mukanya daripada masalah pigmentasi dan jerawat akibat cahaya matahari yang terik.
Pondan merujuk kepda golongan lelaki yang menyerupai wanita, iaitu mempunyai biologi lelaki tetapi, secara fizikalnya, berperwatakan dan berketerampilan seperti seorang wanita. Kepada lelaki diluar sana, jangan mudah terpedaya dengan kecantikan seseorang. Setelah anda saksikan gambar dibawah, anda akan merasakan diri anda kurang cantik, kerana pondan-pondan ini lebih cantik dari perempuan asli. Jom kita lihat siapa paling cantik. Nombor 8 paling meletop! #1. Chananchida Blossom Menjadi pemenang tempat pertama dalam sebuah pertandingan The Face Thailand. Kini, Chananchida merupakan model terkenal di negara itu. #2. Nathachat Hana Nathachat merupakan salah seorang finalis bagi sebuah pertandingan antarabangsa. #3. Monthana Jeen Dilahirkan di Filipina, nama Monthana menjadi sebutan rakyat negara itu dek rupa paras dan tubuh langsingnya persis wanita asli. #4. Patta Nadia Juara bagi pertandingan Miss Mimosa Queen Thailand pada tahun 2015 ini telah menjadi seorang penari dan model...
Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa. Namun, jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis ''duit mama abah bila tua'' beserta sekeping potret anak kecil, apa perasaan anda? Di dalam sampul itu pula tebal dengan helaian not seringgit mungkin hasil dari duit belanja yang dikumpul. Pasti sebak dan sayu bagaimana seorang anak sekecil ini boleh berfikir luar dari jangkaan anak seusianya. Perkongsian daripada Hajar Xiaojie MK melalui laman facebook menyentuh hati netizen. Gadis ini pada mulanya menemukan beg pink yang ditinggalkan di dalam tandas awam. Ingin mencari pemiliknya melalui maklumat yang mungkin terdapat di dalam beg, namun menemukan pula sekeping sampul berisi not seringgit tertera tulisan duit untuk mama ayah bila tua. Tipulah hati siapa yang tidak terusik. Nampak remeh, namun sebenarnya sangat menyentuh perasaan. Ibu bapa berkorban membesar dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah meminta untuk dibalas. Namun...
0 Comments