9 KOLAM RENANG PALING GEMPAK DI DUNIA!


Mandi di kolam renang memang seronok. Tetapi lebih seronok jika kolam renang itu di kelilingi oleh pemandangan yang cantik dan kemudahan yang menyeronokkan. 

Ini adalah 9 kolam renang paling gempak di dunia.

1. GOLD ENERGY POOL, TIBET



Kolam ini terletak di sebuah resort 5 bintang di St Regis, Lhasa, Tibet. Air dalam kolam itu kelihatan seperti emas .Yang menjadikan kolam itu kelihatan seperti emas ialah jubin lantai itu dicat dengan warna emas.  Kolam itu juga diisi dengan theurapatic salt water yang bagus untuk kulit anda.

2.HAVASUPAI FALLS ARIZONA, AMERIKA SYARIKAT 


Kolam renang semulajadi ini terletak di Grand Canyon. Perjalanan ke tempat ini mengambil jarak
sepanjang 8 batu dan Kolam ini dijaga rapi oleh Orang kampung Havasupai. Air kolam ini berwarna biru cerah dengan air terjun yang sangat cantik. 



3. CAMBRIAN HOTEL POOL, SWITZERLAND


Kolam renang ini terletak di Abelboden, switzerland dan mendapat ranking  top 20 swiss hotels dan spa. Kolam renang ini memberikan pemandangan Gunung Alps yang menakjubkan.

4. UBUD HANGING GARDEN, INDONESIA


Ubud Hanging Gardens ini terletak di Bali, Indonesia. Resort itu dikelilingi dengan pokok yang tinggi dan kolam renang itu terletak setara dengan ketinggian pokok. Pemandangan 360 degree dan hutan hijau yang menenangkan. Perfect combo. 



5. NEMO 33, BELGIUM



Nemo 33 merupakan kolam renang paling dalam di dunia. Nemo 33 telah disenaraikan dalam Guiness Book of Record  sebagai kolam renang paling dalam dengan ketinggian 108 kaki. Kolam ini terletak di Brusells, Belgium dan  dikhaskan kepada penyelam dari seluruh dunia. Sampai pakai gas tank tu.



6. BADESCHIFF, GERMAN


Perkataan "Badeschiff" bermaksud kapal layar. Badeschiff ini terletak di Berlin yang dahulu ialah kontena kapal dan dijadikan kolam renang. Kolam ini dibuka pada tahun 2004 untuk memberikan pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung. 



7. BONDI ICEBERG PUBLIC POOL, AUSTRALIA


Mengambil masa 15 minit perjalanan dari Sydney, Kolam renang ini telah menarik banyak pengunjung dari serata dunia. Entrance fee yang murah dan pemandangan laut yang menarik merupakan tarikan utama kolam renang ini. 

8. CROCOSAURUS COVE POOL, AUSTRALIA


Kolam renang ini terletak di Darwin, Australia. Pengunjung dapat merasakan bagaimana  menyelam bersama 200 spesies buaya. Pengunjung diletakkan di sebuah sangkar khas yang kukuh dan merasakan pengalaman melihat buaya sebesar 15 kaki di dalam kolam itu.



9. DEVIL POOL, SOUTH AFRICA



Ini merupakan kolam renang paling gila dalam list ni. Kolam ini terletak di Victoria Falls yang merupakan air terjun tertinggi di dunia. Pengunjung akan ditemani dengan guide yang akan mengelakkan mereka dari terjatuh ke air terjun sambil menikmati pemandangan Victoria Falls yang sangat menakjubkan. 







SHARE ARTIKEL

Post a Comment

0 Comments