Terdapat banyak teori tentang kes-kes misteri ini. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaian yang tepat dapat disimpulkan.
Berikut adalah kisah misteri yang belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini
1. Nota Misteri Ricky Mccormick
Sebuah mayat telah dijumpai di satu padang di St. Charles County, Missouri pada 30 jun 1999. Mayat itu dikenalpasti sebagai Ricky Mccormick. Perkara misteri tentang kejadian ini ialah dia dijumpai 15 batu dari tempat tinggalnya, dia tidak mempunyai kenderaan dan kawasan itu tidak mempunyai apa-apa pengangkutan awam. Pada tahun 2011, FBI telah memberitahu yang mereka menjumpai 2 nota di dalam saku Ricky Miccormick. Nota ini ditulis dalam tulisan kod yang tidak mungkin ditulis oleh seorang yang dibuang dari sekolah. Kod ini menjadi misteri sehingga ke hari ini.
2. Dyatlov Pass
Pada 2 februari 1959, 9 pendaki ski telah mati di Utara bukit Ural, Russia. Khemah yang mereka tidur itu dikoyakkan dari dalam dan 5 pendaki mati di kawasan khemah tersebut. 4 pendaki yang lain pula mengalami kecederaan seperti keretekan tulang dan tulang rusuk yang patah. Salah seorang dari 4 pendaki tu kehilangan mata dan lidah. Yang peliknya, tiada kecederaan luaran pada mayat. Baju pendaki itu setelah dikaji mempunyai radiasi yang tinggi. Pelik bukan.
3. Penemuan kaki manusia di Lautan Salish
16 kaki manusia berserta kasut telah ditemui dari ogos 2007 sehingga februari 2016. Penemuan itu tertumpu di kawasan Lautan Salish. Dari 16 kes itu, cuma satu kaki sahaja yang berjaya dikenalpasti. Polis memberitahu yang kaki itu kepunyaan seorang lelaki yang sedang dalam kemurungan dan disyaki telah membunuh diri. Ini bukan kali pertama kes ini berlaku di kawasan itu. Pada tahun 1914,
Akhbar Vancouver Sun melaporkan telah terjumpa kaki berserta kasut berdekatan dengan sungai Salmon. Pakar memberitahu yang kemungkinan besar mayat itu ialah mereka yang lemas di laut dan proses dekomposisi menyebabkan kaki mereka terpisah dari badan. Namun amatlah pelik jika cuma kaki sahaja yang terapung ke daratan.
4. Kembar Pollock
Pada tahun 1957, dua beradik Joanna dan Jacqueline Pollock telah terbunuh dalam satu kemalangan
jalan raya. Setahun kemudian, Ibu mereka telah melahirkan anak kembar Jennifer dan Gillian. Jeniffer mempunyai tanda lahir yang sama seperti Jacqueline yang telah meninggal dunia. Kedua beradik kembar itu meminta mainan kepunyaan kakak kembar mereka yang suda meninggal. Makin pelik apabila mereka ingin ke satu taman yang mereka tidak pernah pergi yang hanya arwah kakak kembar mereka sahaja yang tahu. Perangai mereka menjadi normal setelah melepasi umur 5 tahun.
5. Misteri MH370
MH370 adalah kejadian misteri yang masih belum dirungkai sehingga ke hari ini. Tanpa cuaca buruk dan masalah teknikal, kehinggalan kapal MH370 telah mengejutkan pakar dari seluruh dunia. Kapal terbang itu hilang dari radar 1 jam selepas take-off dan masih di kesan oleh radar tentera apabila ia menukar haluan dan akhirnya hilang. Lokasi terakhir kapal itu dikesan di kawasan lautan Hindi. walaupun banyak usaha telah dijalankan, namun tiada apa-apa pun cebisan kapal yang dapat dijumpai di Lautan Hindi. Pada julai 2015, sebuah cebisan yang dipercayai milik kapal MH370 dijumpai di Island of Reunion. MH370 masih belum dikesan sehingga ke hari ini.
SHARE ARTIKEL
0 Comments