10 TELEFON PINTAR TERMAHAL DI DUNIA



Telefon pintar amat penting dalam dunia masa kini, banyak kegunaan dari segi bersosial dan berhubung. Dengan harga yang berpatutan, kini semua orang boleh memiliki telefon pintar. Apple IPhone ialah smartphone paling popular dan dikatakan paling mahal di dunia. Namun tidak kah kamu tahu yang masih ada smartphone yang lagi mahal dari IPhone?

Ini ada list 10 telefon pintar termahal di dunia. 

10. Mobiado Grand Touch Executive Marble - RM 13020



Spec: 
Skrin: 4.65 Inci
Ram: 1GB
Storage: 16GB
Camera: 5MP

Hampir semua pengguna membeli casing bagi telefon mereka, tetapi untuk telefon ini casing tidak diperlukan kerana casing telah direka khas dengan pelbagai material seperti Marble, Ebony, Granite, Cocobolo dan Burl. 


9. Gresso Regal Gold - RM 25620



Spec:
Ram: 2GB
Storage: 32GB
Camera: 5MP(depan), 13MP(belakang)

Gresso Regal Gold merupakan smartphone edisi baru buatan Gresso Regal. Telefon ini mempunyai design moden dan dibuat dari platinum. Telefon ini mempunyai ketebalan 8.8m dan hanya 999 unit dijual di seluruh dunia. Benda rare ni harga pun rare jugaklah.



8. Goldvish Eclipse - RM32289


Spec:
camera: 5MP (depan), 13MP (belakang)
skrin : 5.5 Inci 
Processor: Qualcomm Snapdragon

Goldvish ialah syarikat pembuat luxury smartphone yang terkenal dan Goldvish Eclipse merupakan
antara produk mereka yang paling murah, maksudnya ada yang lagi mahal la. Telefon ini diperbuat menggunakan leather dan besi yang rare. Boleh ditambah dengan custom modifications dengan harga yang lebih mahal. Telefon ini juga mampu untuk merekod video 4K.



7. Sirin Solarin - RM 58,800


Spec 
Ram: 4GB
Storage: 128GB
Battery: 4000 mAh
Camera: 8MP (depan), 24MP (belakang)
Display: 1440p IPS LCD

Telefon ini dibuat oleh Sirin Labs di London dan sasaran jualan cuma hanya kepada jutawan. Pada awal pelancaran, Solarin mendapat banyak sambutan dari jutawan dan pelabur tetapi telefon ini banyak kelemahan. Skrin dan Lens kamera dibuat dari Sapphire glass. Solarin juga dilengkapi pengesan cap jari untuk lock dan unlock. 



6. Vertu New Signature Touch for Bentley - RM 59640


Telefon ini adalah hasil kerjasama antara pembuat telefon vertu dan pengeluar kereta, Bentley. Telefon ini merupakan versi telefon bagi kereta bentley. Casing luaran telefon ini diperbuat dari kulit yang sama digunakan untuk membuat fabrik kereta bentley. Telefon ini mampu untuk merakam 4K video dengan 21MP kamera depan. Skrinnya dibuat dari 5.2 inch sapphire glass. 



5. Aston Martin Racing 808 - RM 100800



Processor: Snapdragon 801
Display: 720p 4.7inci
Kamera: 13MP (depan)

Pengeluar kereta Aston Martin bukan sahaja mengeluarkan kereta mewah. Mereka juga telah  berjaya mencipta telefon ini dengan bantuan Vertu. Racing 808 ialah telefon pintar solo buatan mereka. Aston Martin Racing 808 mempunyai rekabentuk moden. 


4. Dior Reverie Haute Couture - RM 428912




Dior ialah jenama fesyen terkenal di france. Mereka telah menciptaa Telefon ini untuk memenuhi keperluan mewah pengguna. Telefon ini dilancarkan pada tahun 2012 dengan kuantiti yang terhad. Casing itu diperbuat dengan 1539 diamond dan 46 butir mutiara. Spec telefon ini boleh dikira outdated. 

3. Black Diamond VIPN - RM 1.26 juta



Telefon ini dicipta oleh seorang artist singapura bernama Jared Goh. Telefon ini dicipta pada tahun 2006 dan  masih dikira antara telefon paling mahal di dunia. Telefon ini mempunyai berlian 2 karat di belakang dan joystick. Telefon ini dibuat 12 tahun lalu dan hardware dan spec memang juah ketinggalan.

2. Goldvish Le Million - RM 5.46 juta



Goldvish Le Million telah diperkenalkan di Millionaire Fair, Cannes pada tahun  2006. Sehingga hari ini telefon ini masih lagi boleh dikatakan antara telefon paling mahal di dunia. Diperbuat dengan emas putih 18 karat dan 120 karat berlian. Hanya 3 unit sahaja pernah dicipta. Pada tahun keluarannya, hardware telefon itu boleh dikatakan paling maju pada masa itu (tahun 2006).



1. Black Diamond iPhone 5 - RM 64.26 juta



Iphone mewah boleh dikatakan popular. Iphone jenis mewah ini hanya dikeluarkan sekali dalam beberapa tahun. Spesifikasi telefon ini sama seperti telefon iPhone 5. Telefon ini dicipta oleh artist 
Stuart Hughes atas permintaan seorang jutawan cina. Telefon ini mengambil masa 9 minggu untuk
dibuat. Casing telefon ini diperbuat dari emas, 53 berlian pada logo apple dan berlian hitam 26 karat 
pada home button.



SHARE ARTIKEL






Post a Comment

0 Comments