Baru baru ni tular khabar angin kematian Sylvester Stallone dan dikatakan menghidap penyakit kronik.  Selebriti terkenal dengan filem lakonan Rocky, The Rambo dan The Expendables membidas kenyataan itu dengan menghantar video beliau bersama dengan anak-anaknya.



Sylvester juga telah bergurau peminatnya di internet dengan berkata "Seronok dapat kembali setelah mati" setelah khabar angin kematiannya tersebar meluas di pelusuk dunia maya.



Video ini memaparkan adegan gembira mereka sekeluarga, slyvester kelihatan sihat dan gembira melihat anak-anaknya bermain sambil di merakam video ini.



Sebelum ini, Pelakon ini telah memberitahu untuk menghiraukan kebodohan itu dan mengesahkan bahawa beliau dalam keadaan sihat selepas khabar angin itu tular di internet.



Sylvester Stallone mengambil kesempatan ini dengan membuat tweet berkaitan dengan inspirasi hidup



" Remember to always grab LIFE by the throat and do no let go until you suceed!! "

Ini bukan kali pertama khabar angin tentang kematian sylvester Stallone. Pada September 2016, tular khabar angin tentang kematian Sylvester stallone yang mengatakan Stallone dijumpati mati di rumahnya di Los Angeles.





Setelah di siasat rupa rupanya khabar angin itu telah di sebarkan di internet melalui satu website yang terkenal dengan kebolehan mereka cerita kematian selebriti.



Dan khabar angin ini telah kembali setelah 1 setengah tahun kemudian.

Ternyata Khabar angin kematian sylvester stallone ini adalah palsu. Ini semua dilakukan oleh individu yang tak bertanggungjawab yang cuma mengharap perhatian



 Walaupun begitu, kita sebagai pengguna internet mesti tahu cara untuk mengendalikan situasi sebegini supaya khabar angin ataupun fitnah tidak tersebar luas. 

Google dahulu kesahihan cerita tersebut, kalau takda memang hoax lah tu.



Sebenarnya, kisah kematian artis ini bukan satu perkara yang rare dan pengguna internet harus bijak untuk memastikan samaada berita itu benar atau pun tidak.